Monday, December 19, 2011

aktiviti time bosan kat dalam kelas 2



"Capturing Picture"

ni lah keje buadak-budak kelas aku bila lecture bagi break. 
ape lagi, snap-snap piclh.
actually time ni lect suro buat latihan individual. its all about coding.
so yang kaum hawa ni agak lemah skit bab-bab coding ni.
da bosan sangat, ni lah hasil latihan yang lec tu bagi :)
kat bawah ni pic girl2 je. actually xcukup kuota ni sebab xramai yang join plus dengan yang xdatang lagi. so xbpe nk syoklh. btw, korang best lh.
jom2 tengok pic xsenonoh dyorg ni .




ilham & nurul (men laga2 pipi plak)


min(over ayu, hehe)


meet "The Girls"


men laga2 pipi lagi  =,='


ni geng "budak selangor". btw, aku xtau ape motif dy buat macam ni.( jeles kot. haha!)


meet myza & timah


seri & eica (owner camera ni)



Saturday, December 17, 2011

bitten by a BEE



haish malang betul nasib aku pagi ni.
pagi-pagi da kene suntik oleh cik serangga berbontot kuning. suke tau suntik-suntik orang. 


actually benda ni jadi time aku tengah nak ikat langsir. tu memang rutin harian aku lepas bangun tido. so, tengah-tengah syok tarik langsir tu, aku rasa jari aku ni macam kene gigit. pergh menjeritlh aku sebab jari aku tibe-tibe rasa berdenyut-denyut and mencucuk-cucuk. then tibe-tibe kelualh cik berbontot kuning tu. pergh cuak giler time tu. aku pun rushing pegi mandy then nak gi jumpa dokter sebab takut jadi ape-ape. lagi pun aku dok sorang-sorang je, roomate aku ada class. haish sedih tol idop aku ni. lepas je mandy, aku tros gi UK(unit kesihatan) kat U aku ni. tengok-tengok ramai giler. xplh, aku still tunggu. then giliran aku pun da sampai. aku ngadu kat dokter tu yang tangan aku kene sengat. so, dy pun cek. aku katelh mybe tebuan atau penyengat. dy kate" bukanlh, ni spesis serangga terbang yang sengat awak ni". aku pun macam blur then aku iyekn aje cakap dokter tu. malaz aku nak bertekak pasal si bontot kuning tu. then dokter tu pun sambung dengan procedure dy dengan cek darah aku, then dy tembak dahi aku pakai pistol laser plak. huhu syok plak aku tengok, rasa mcm nak pinjam je. hehe then klua amek ubat.


ubat surutkan bengkak, tahan sakit n alergik



nmpak x ada bintik putih? klu xnmpk tu, alamatnye nk ke batu duelh tu. hehe tu tempat kene sengat



Thursday, December 15, 2011

aktiviti time bosan kat dalam kelas




argh aku paling lemah dalam subjek yang membaca. kebetulan petang tu subjek ITS. pergh ngantok siot + kurang pham sebab lec aja laju dann slang english dia  hebat sampai otak aku loading tahap gaban utuk paham ape yang dia cakap tu. almaklumlah beliau pernah bekerja dengan company luaq negara, so that's why lh speaking dia berhabuk. =,="

aku pun usha seko-seko geng-geng aku, semua mata stimm je. aku pantang tengok orang mata stim, sat gi aku join skali . memandangkan lec selalu pandang aku, so, cara aku nak elak dari mengantok, aku contenglh kat mana-mana aku suka. then aritu aku ada nampak lukisan kat meja tu. so otak ni dah terlampau kreatif sangat, aku pun sambunglah ape yang budak tu buat.






inilah hasilnya. ni hasil karya aku dengan membe aku, Nurul Fitriyah @ kak yah sebab dia dok sebelah aku. haha time buat benda bodoh ni, aku dengan kak yah ni tahan-tahan gelak sampai lec pun join gelak skali. huh! selamat dia sporting. cayaalh sir! ayat yang last skali tu aku paling tak tahan sampai aku tangok muke kak yah pun aku nak tergelak. tapi aku tahan gak sambil badan terhenjut-henjut tahan gelak. such a stupid thing that we have made. memang masing-masing otak masok air time tu. membe-membe len semua pelik tengok kteorg. btw, best gak duduk dengan otak yang gile-gile.

p/s : lepas ni ada sambungannya lagi :)








Friday, December 9, 2011

birthday boy-19













Happy birthday sayangku Mr. Bonchet
yang ke 19 !
semoga dipangjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan. 
Aminn..
tak sabar nak jumpa Mr. Bonchet ni esok.
btw, taun ni special sikit sebab budak classmate aku "amira farhana" celebrate bfday balak dy arini jugak. huhu xsangka da 3 sem kenal, baru sekarang kteorng tau yang rupa-rupanya balak masing-masing lahir pada tarikh yang sama and umur yang sama. kebetulan sungguh !
apepun selamat hari tua untuk budak due eko ni, Mr. Bonchet n Mr. Din. hehe
have a blast you guys :)








Monday, December 5, 2011

Semakin hari semakin sayang :)

  


Alhamdulillah. aku da kurang sikit hot temper aku yang menjadi-jadi sejak dua menjak ni. hurm yang jadi mangsa ke aku, tak lain tak bukan En. bonchet aku nilah. kecian dy sebab selalu je kene dengan aku. kadang - kadang kalau dy buat hal skit je, aku mara macam dy rogol anak orang pulak. huhu. anyway sory sayang. thx sbb sabar dengan aku selama 4 tahun kite kenal :) sekarang ni aku da berubah sikit. da xmara macam dolu-dolu lagi and aku da makin fall in love with him again. huhu macam tajuk lagu Datuk Siti plak. hehe. kalau boleh xnak jaoh-jaoh dengan dy. nasib baik dy da nak balik Kedah minggu ni. woohoo happy xterkata lah. Dear, balik cepat tau. I love u more than you do :)






Friday, November 18, 2011

packing time.




Assalamualaikum

pejam celik - pejam celik, jangan pejam terus sudah. hehe. haish rupanya dah sebulan aku spent time dengan family aku kat SELANGOR ni. sumpah rasa sekejap giler kot. tapi bila da balik sini, rasa rindu pulak kat melbourn a.k.a merbok tuu. kuat betul penangan getah merbok tu sampai aku rasa macam nak balik malam ni aje. barang-barang semua aku da basuh, cuma tinggal nak sumbatkan aje dalam beg tu. 



sumbat jangan xsumbat!


beg aku xdelh sebesar ni. beg yang besau ni aku tinggalkan kat dalam stor kolej. malaz nak bawak balik sebab cuti xlama pon. aku bawak beg kecik je sebab sem ni bawak barang sikit je and aku balik sensorang je. haish nilah lumrah orang yang merantau. huhu tibe-tibe rasa syahdu plak. anyway, aku cukup happy dapat luangkan masa dengan family aku and aku rasa macam anak raja je sebab ape yang aku nak makan, semua mak and ayh aku tunaikan. thanks mama n papa! nilah untungnya stdy jauh-jauh dapat makan macam-macam. hehe best kot stdy jauh-jauh ni. dapat travel ok! lagi-lagi yang dpt stdy kat belah2 utara macam aku ni. bile musim buah je dapat makan gratis dong. fresh dri kebun tau..




note :-
--------------------------------------------------------------------------------------------------
 btw sekarang ni tengah musim durian, huhu yum yum, xsabar nak makan durian lagi! guys, nnt bawak buah banyak2 tau :)




Thursday, November 17, 2011

Congratulation my lil bro!

Assalamualaikum


arini aku nak cita pasal kejayaan adik-adik aku semalam. almaklumlah bz sngt smp lmbat nk post kat sini.
apepun tahniah adik-adikku!
seriusly aku xtau pun semalam result UPSR keluar. semalam pagi-pagi mak aku da kacau aku tido sebab nak suro aku  pegi sekolah adik aku pegi amekkn duit yang najib bagi dari cikgu dy. ala yang duit RM100 tuu. malam tu memang aku da cakap aku xnak pegi sebab memang aku xde mood sangat-sangat. so pagi tu mak aku paksa jugak pegi. arghh tension giler pagi tu. nak xnak kene pegi jugak. haishh pagi tu memang malanglah bagi aku. da la kne amek duit tu pkul 9. mak aku kejut pkul 9, memang menggelabah aku pagi tu. then bus plak lambat gile! setengah jam aku tunggu kat tepi jalan tu. nasib baik sekolah dy dkat je. dalam pkul 10 lebih baru sampai pastu kne bjalan plak pi sekolah dy. sampai je sekolah, aku fkir da dapat duit trus bla. rupenye kene tunggu. pergh bbulu siot tunggu. then cikgu-cikgu kat situ heboh pasal result UPSR. what!! serius aku xtau sebab bile aku nak tengok berita je ayah aku da congker remort. -,-'
budak-budak kat sekolah adik aku xramai pun dapat 5a. 3 orang je yang dapat 5a. 2 orng melayu, sorng laki, sorg lagi perempuan. then sorg india. aku tngok budak tu pun ada ciri-ciri budak pandai. apepun syabas Rakesh! and adik aku plak result dy xdelah teruk sangat walaupun terkucil 1 subjek. cikgu-cikgu dy pun cakap, subjek tu memang susa, ramai yang xdpat target lulus. apepun aku bangga dengan result dy walaupun dy slalu spent time dengan BOLA je. disebabkan banggan dengan dy, balik tu aku blanja dy McD. apepun akak akan sokong kau OK!




Monday, November 14, 2011

Good luck sygS !

Asslamualaikum.

esok my BONCHET starts his first final paper for Dip. in Mechanical Engineering that is Turbine kot.
huhu dengan pun da seramkn? yang aku tau turbine tu macam kipas gergasi macam kat bawah ni.



amboi besaunya!







 gile besar turbine ni. kalau tersepit dalam tu, compem-compem lumat dibuatnye. huhu tapi aku xtaulah ape bnda yang BONCHET blaja tuu. anyway gud luck for U syg. hope U boleh buat dengan tenang esok. xmau jadi macam sem lepas ok :) xlupa jgak kat mmbe2 aku yang da start paper arini, gudluck and all da best! hope korang dapat result yang gempak2!

Tuesday, November 8, 2011

my SUPER WOMAN :)


Assalamualaikum
arini nak cita pasal my superWOMAN. bukan superMAN yang pkai spender kat lua tu okay!
meet my superWOMAN !! *yeah!!


~Norazizah Hj Che Rose~
hahaha nilah superWOMAN aku.
comelkn??
actually ni mak aku yang tercinta <3
dy sangat-sangat superlah.
aku nak sangat jadi macam dy, very sweet and talented.
nak tau kenapa aku nak jadi macam mak aku?
sebab dy SANGAT - SANGAT!

  • boleh cakap dalam banyak loghat. superB kan mak aku? (customer mak aku pun kagum dengan dy sebab boleh cakap banyak loghat, so senang skit nak communicate kn?  indon pun mak aku boleh. so klu pegi beli barang kat indon memang mak aku tawar habis- habisan sebab dyorg xtaupun mak aku org malaysia. lma-lma bleh lingkop org tu. hahaha)
  • Pandai memasak lorhh. ( sebab tu anak-anak dy badan macam BADAK je. hahaha )
  • Penyabar ( yes, I admin. dy sangat-sangat penyabar. i love u mom)
  • Happy go lucky ! 
  • Baik. ( dy xpenah mara klu anak dy amek barang macam-macam time shhopping)
  • Memahami. (mak aku tau nak masak ape kalau aku bali dr U walaupun aku xpernah bgtau pun. mama, ur the great mom that i hvnt see !)
  • Peramah 
  • Sweet :)
haish banyak lagilah sampai xboleh fikir. hehe
apepun, mama aku adalah idola aku.
tanpa beliau, siapalah aku kat dunia ni kn??
aku sangat-sangat bersyukur dapat mak macam dy.

alhamdulillah :)


 hargailah orgtua kita selagi mereka masih hidup. jgn sesekali mengabaikan beliau dan menderhaka kepada mereka sebab syurga itu dibawah tapak kaki IBU. jangan lupa doakan kedua ibubapa kita. ingat tu.














Friday, October 21, 2011

Kisah Kita 1

Assalamualaikum

13 October 2011
tarikh keramat aku and si bonchet tersayang.
kalau x, our relation ship da masok 4 tahun.
tapi nak buat macam mana, jodoh xpanjang tapi we still celebrate it together as a BEST friend.
yes, his the only 1 man yang xjemu-jemu melayan kerenah aku.
anyway thanks 4 da chocolate sayangs walaupun you tau I xsuke makan coklat tapi u beli juga.
I appreciate it alot and i eat it ok! 
and thanks sebab sanggup balik PJ untuk jumpa I sekejap. ahh terharunye :)

tahun ni xdapat nak celebrate same-same sebab aku da start cuti sem and dy plak baru nak start final exam.
so sebelum aku balik untuk cuti sem, aku da celebrate seminggu lebih awal dengan dy
kteorang celebrate kat JITRA
6-7 oktober 2011


nak tau sebab ae aku pilih jitra? sebab aku xteringin nak pegi and lagi satu kat jitra ni banyak tempat-tempat yang menarik.
tempat pertama kami nak menapak sebab 2 jam naik moto sampai kebas bontot ni ialah Tasik Darul Aman.
sumber dari Google


sumber dari Google

cantikkn?
giler cantik kot view dkat situ and sesuai untuk berdating, berkelah dengan family and berekreasi.
lagi 1, tasik ni luas sangat-sangat.
xlarat ouuhh nak jalan, so ktorg lepak kat epi tasik tu.
then bonchet ajak round 1 tasik naik kereta sewa. aku pun pelik, muat ke kereta nak lalu. sempit kot laluan dy. bonchen kate naik buggy carlh then dy tunjuk kereta yang macam dekat padang golf tu. haha tergelak-gelak aku tengok kereta tuu.
then kteorg naiklah buggy car tu.
harga dy RM12 je. tu untuk couplelh. bebaloi kot.
nilah rupa buggy car tu




haha lawakkn?
kteorg naik yang wane nilh.
malunya time naik tu, da macam mr and mrs bean plak. haha
sebelum nak naik ni kene ada lesen, so aku je yang ada lesen kete.
ape lagi aku pun bawaklah.
senang je bawak dy, macam bawak kereta auto tapi ni xd gearlh.
tengah syok2 bawak, bonchen nak test bawak plak. so kteorg tuka tempat. hehe syok kot!
ape lagi dy drive, aku plak snap2 pic. suke-suke :)



muke berminyak giler kot. huhu


bersama bonchen si pencuri buggy car aku. hehe


sempat lagi nak pandang camera sambil bawak buggy car:)


muka bonchet penuh excited :)


this is Mr and Mrs Bean :{


happynye dia :)


terserlah kebonchetanmu!


muka happy lepas bagi makan ikan :)


berehat bawah pokok :)


thank sayang coz sudi bawak ke jitra.
anyway I enjoy it very much :)
harap-harap bleh gi jitra lagi time U convocation nnt!


tips untuk lelaki- cara nak pujuk aweks

Assalamualaikum


merajuk? kalau tanya lelaki, mesti dyorg pening kepala fikir macam mana nak ilangkan rajuk si aweks ni. actually aku pun kuat merajuk gak. haha kecian Bonchet. aku tau kalau bab-bab merajuk ni, lelaki mesti fail nak handle sebab dyorg ni ego. takut maruah kejantanan dyorg tu jatoh kot. huhuhu bile awek da lari dengan jantan lain baru nak terguling-guling nak mintak couple balik. menyesal xsudahlh jawabnye. ok kat sini ada tips nak ilangkan  rajuk aweks awak tu yang aku amek dari blog tentang cinta.


Kenapa merajuk?

Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.
1. Cemburu
Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.

3. Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza -- merajuk.



Bagaimana nak pujuk?

Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.

1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah (baca tentang 5 Tips Dalam Berpasangan) dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Ucapkan kata-kata "manis"
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, "bucuk", "comot", "manje" dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini. ;))


4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha...tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.
Seperti yang saya katakan tadi, tips-tips ini bukanya langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi anda dalam memujuk pasangan anda. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan anda tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum.


perempuan ni bukan suke-suke nak merajuk tau. dyorg just tau yang korang ni betol ke serius dengan dia and betol ke sayang dia. tapi kalau merajuk sebab xbelikan ferrari yang korang idam-idamkan tu agak-agaklah beb. then nak merajuk pulak sampai berminggu-minggu. tengok lah jugak poket pasangan awak tu jugak. xkan semua benda pasangan awak tu nak tunaikan. if mampu xpe, ni xmampu derr. silap ari bulan, mamat tu pun lari sebab xtahan sangat. huhu so fahamilah perasaan pasangan masing-masing ye :)



7 sebab lelaki EGO.

Assalamualaikum


Ego dan lelaki memang xdapat dipisahkan lagi. susah nak jumpa lelaki yang xde ego ni. xsalah kalau nak ego tapi agak-agaklah sampai nak tegur pun xboleh kn? da awak tu buat salah, xsalahkan kite ni menegur. kadang-kadang pening jugak dengan perangai lelaki ni. kat bawah ni antara sebab lelaki ego yang aku amek dr blog Cik Jannah. jom same-same ape sebab lelaki ni EGO sangat-sangat!

antara sebabnye :-


1. Jatuh Maruah
Owh man! Ini mengikut pengalaman yang aku lalui. Lelaki nie ber ego tinggi sebab diorang takut maruah diorang jatuh. Rasa tercabar bila mereka mengalah dengan perempuan. Diorang rasakan yang lelaki tak boleh kalah dengan perempuan! Mana nak letak maruah kalau kalah dengan perempuan??. Contoh : Kalau gadoh, jangan harap lah dia nak pujok pasangan dia. 


2. Bajet Hot
Muka dah hensem, rupa paras boleh jual, jambu pulak tuh macam mana hati perempuan tak cair? Sekali pandang nak pandang banyak kali. Orang Hot la katakan mana-mana perempuan pon boleh dapat. Satu pergi ramai lagi yang menanti. Sebab tu lah lelaki sebegini ego dia letak kat paras yang paling tinggi dalam hidup. Fuhhhh


3. Kaya
Ha ini satu spesis lagi. Mentang mentang kau kaya, banyak duet, duet berkepok maka kepala kau pon besar lah sebesar duet kau? owh damn! Kau ada duet kau beli apa sahaja, mungkin dengan duet kau boleh beli hati orang jugak. Tak mustahil kan? Kau fikir kau banyak duet maka pengaruh kau besar, apa yang kau nak pasti kau akan dapat. 


4. Lelaki sebagai ketua
Lelaki dilahirkan sebagai ketua. Ketua keluarga dan pemimpin. Sifat ketua atau pemimpin itu menjadikan sesorang lelaki punyai ego yang tinggi. Dia berkuasa ke atas orang bawahannya, isteri, girlfriend yang dianggap lemah. Segala keputusan terletak ditangan dia samada betol atau tidak, adil atau sebaliknya dia lah yang bertanggungjawab keatas segala keputusan yang dibuat. 


5. Sifat Kelakian
Lelaki dijadikan Allah SWT dengan sifat kelakian yang kasar dan keras untuk membimbing dan menjaga wanita. Mungkin kerana dia sebagai lelaki maka menggunakan sifat kelakian nya ke atas perempuan yang ternyata lemah. Cara pendekatan dia sebagai seorang lelaki mungkin salah untuk mendekati atau menegur seseorang wanita.


6. Tak terima pandangan orang lain
Ada jugak lelaki jenis begini. Serious aku pernah jumpa lelaki spesis macam nie. Apa yang dia kata semua orang kena ikot, apa dia nak semua orang kena bagi. Dialah pembuat keputusan, dialah sebagai petindak dan dia jugak sebagai kepala. Serba serbi dia sorang yang betol. Pandangan orang lain di anggap macam sampah. Tak selayak pendapat dia. Cis kek!


7. Nak Menang
Ha ini satu lagi spesis. Lelaki macam nie jenis tak boleh kalah dalam apa juga perkara. Dalam mind set dia nak menang! nak menang! tak boleh kalah! tak boleh kalah! Sebab tuh kalau terjadi pergaduhan antara lelaki dengan perempuan or lelaki dan lelaki sekalipon kalau ada lelaki spesis macam nie memang terang jelas dan nyata sifat ego tak nak kalah dia kelihatan.



Fuhhh, setakat nie ini lah yang terlintas dalam difikiran aku. Bukan nak mengutuk atau meng-kondem lelaki diluar sana. Aku sedar dalam hidup kita sendiri pon sebagai wanita kita perlukan lelaki. Tapi ini adalah pendapat aku untuk lelaki ego.


Susah sebenarnya nak buangkan ego orang. Kadang-kadang kita kena buat banyak trick untuk buat lelaki jatuh. Maksud aku jatuh ego dia. Bukan senang tau!