Friday, October 21, 2011

Kisah Kita 1

Assalamualaikum

13 October 2011
tarikh keramat aku and si bonchet tersayang.
kalau x, our relation ship da masok 4 tahun.
tapi nak buat macam mana, jodoh xpanjang tapi we still celebrate it together as a BEST friend.
yes, his the only 1 man yang xjemu-jemu melayan kerenah aku.
anyway thanks 4 da chocolate sayangs walaupun you tau I xsuke makan coklat tapi u beli juga.
I appreciate it alot and i eat it ok! 
and thanks sebab sanggup balik PJ untuk jumpa I sekejap. ahh terharunye :)

tahun ni xdapat nak celebrate same-same sebab aku da start cuti sem and dy plak baru nak start final exam.
so sebelum aku balik untuk cuti sem, aku da celebrate seminggu lebih awal dengan dy
kteorang celebrate kat JITRA
6-7 oktober 2011


nak tau sebab ae aku pilih jitra? sebab aku xteringin nak pegi and lagi satu kat jitra ni banyak tempat-tempat yang menarik.
tempat pertama kami nak menapak sebab 2 jam naik moto sampai kebas bontot ni ialah Tasik Darul Aman.
sumber dari Google


sumber dari Google

cantikkn?
giler cantik kot view dkat situ and sesuai untuk berdating, berkelah dengan family and berekreasi.
lagi 1, tasik ni luas sangat-sangat.
xlarat ouuhh nak jalan, so ktorg lepak kat epi tasik tu.
then bonchet ajak round 1 tasik naik kereta sewa. aku pun pelik, muat ke kereta nak lalu. sempit kot laluan dy. bonchen kate naik buggy carlh then dy tunjuk kereta yang macam dekat padang golf tu. haha tergelak-gelak aku tengok kereta tuu.
then kteorg naiklah buggy car tu.
harga dy RM12 je. tu untuk couplelh. bebaloi kot.
nilah rupa buggy car tu




haha lawakkn?
kteorg naik yang wane nilh.
malunya time naik tu, da macam mr and mrs bean plak. haha
sebelum nak naik ni kene ada lesen, so aku je yang ada lesen kete.
ape lagi aku pun bawaklah.
senang je bawak dy, macam bawak kereta auto tapi ni xd gearlh.
tengah syok2 bawak, bonchen nak test bawak plak. so kteorg tuka tempat. hehe syok kot!
ape lagi dy drive, aku plak snap2 pic. suke-suke :)



muke berminyak giler kot. huhu


bersama bonchen si pencuri buggy car aku. hehe


sempat lagi nak pandang camera sambil bawak buggy car:)


muka bonchet penuh excited :)


this is Mr and Mrs Bean :{


happynye dia :)


terserlah kebonchetanmu!


muka happy lepas bagi makan ikan :)


berehat bawah pokok :)


thank sayang coz sudi bawak ke jitra.
anyway I enjoy it very much :)
harap-harap bleh gi jitra lagi time U convocation nnt!


tips untuk lelaki- cara nak pujuk aweks

Assalamualaikum


merajuk? kalau tanya lelaki, mesti dyorg pening kepala fikir macam mana nak ilangkan rajuk si aweks ni. actually aku pun kuat merajuk gak. haha kecian Bonchet. aku tau kalau bab-bab merajuk ni, lelaki mesti fail nak handle sebab dyorg ni ego. takut maruah kejantanan dyorg tu jatoh kot. huhuhu bile awek da lari dengan jantan lain baru nak terguling-guling nak mintak couple balik. menyesal xsudahlh jawabnye. ok kat sini ada tips nak ilangkan  rajuk aweks awak tu yang aku amek dari blog tentang cinta.


Kenapa merajuk?

Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.
1. Cemburu
Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.

3. Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza -- merajuk.



Bagaimana nak pujuk?

Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.

1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah (baca tentang 5 Tips Dalam Berpasangan) dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Ucapkan kata-kata "manis"
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, "bucuk", "comot", "manje" dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini. ;))


4. Nyanyikan lagu buatnya
Ha...tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.
Seperti yang saya katakan tadi, tips-tips ini bukanya langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi anda dalam memujuk pasangan anda. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan anda tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum.


perempuan ni bukan suke-suke nak merajuk tau. dyorg just tau yang korang ni betol ke serius dengan dia and betol ke sayang dia. tapi kalau merajuk sebab xbelikan ferrari yang korang idam-idamkan tu agak-agaklah beb. then nak merajuk pulak sampai berminggu-minggu. tengok lah jugak poket pasangan awak tu jugak. xkan semua benda pasangan awak tu nak tunaikan. if mampu xpe, ni xmampu derr. silap ari bulan, mamat tu pun lari sebab xtahan sangat. huhu so fahamilah perasaan pasangan masing-masing ye :)



7 sebab lelaki EGO.

Assalamualaikum


Ego dan lelaki memang xdapat dipisahkan lagi. susah nak jumpa lelaki yang xde ego ni. xsalah kalau nak ego tapi agak-agaklah sampai nak tegur pun xboleh kn? da awak tu buat salah, xsalahkan kite ni menegur. kadang-kadang pening jugak dengan perangai lelaki ni. kat bawah ni antara sebab lelaki ego yang aku amek dr blog Cik Jannah. jom same-same ape sebab lelaki ni EGO sangat-sangat!

antara sebabnye :-


1. Jatuh Maruah
Owh man! Ini mengikut pengalaman yang aku lalui. Lelaki nie ber ego tinggi sebab diorang takut maruah diorang jatuh. Rasa tercabar bila mereka mengalah dengan perempuan. Diorang rasakan yang lelaki tak boleh kalah dengan perempuan! Mana nak letak maruah kalau kalah dengan perempuan??. Contoh : Kalau gadoh, jangan harap lah dia nak pujok pasangan dia. 


2. Bajet Hot
Muka dah hensem, rupa paras boleh jual, jambu pulak tuh macam mana hati perempuan tak cair? Sekali pandang nak pandang banyak kali. Orang Hot la katakan mana-mana perempuan pon boleh dapat. Satu pergi ramai lagi yang menanti. Sebab tu lah lelaki sebegini ego dia letak kat paras yang paling tinggi dalam hidup. Fuhhhh


3. Kaya
Ha ini satu spesis lagi. Mentang mentang kau kaya, banyak duet, duet berkepok maka kepala kau pon besar lah sebesar duet kau? owh damn! Kau ada duet kau beli apa sahaja, mungkin dengan duet kau boleh beli hati orang jugak. Tak mustahil kan? Kau fikir kau banyak duet maka pengaruh kau besar, apa yang kau nak pasti kau akan dapat. 


4. Lelaki sebagai ketua
Lelaki dilahirkan sebagai ketua. Ketua keluarga dan pemimpin. Sifat ketua atau pemimpin itu menjadikan sesorang lelaki punyai ego yang tinggi. Dia berkuasa ke atas orang bawahannya, isteri, girlfriend yang dianggap lemah. Segala keputusan terletak ditangan dia samada betol atau tidak, adil atau sebaliknya dia lah yang bertanggungjawab keatas segala keputusan yang dibuat. 


5. Sifat Kelakian
Lelaki dijadikan Allah SWT dengan sifat kelakian yang kasar dan keras untuk membimbing dan menjaga wanita. Mungkin kerana dia sebagai lelaki maka menggunakan sifat kelakian nya ke atas perempuan yang ternyata lemah. Cara pendekatan dia sebagai seorang lelaki mungkin salah untuk mendekati atau menegur seseorang wanita.


6. Tak terima pandangan orang lain
Ada jugak lelaki jenis begini. Serious aku pernah jumpa lelaki spesis macam nie. Apa yang dia kata semua orang kena ikot, apa dia nak semua orang kena bagi. Dialah pembuat keputusan, dialah sebagai petindak dan dia jugak sebagai kepala. Serba serbi dia sorang yang betol. Pandangan orang lain di anggap macam sampah. Tak selayak pendapat dia. Cis kek!


7. Nak Menang
Ha ini satu lagi spesis. Lelaki macam nie jenis tak boleh kalah dalam apa juga perkara. Dalam mind set dia nak menang! nak menang! tak boleh kalah! tak boleh kalah! Sebab tuh kalau terjadi pergaduhan antara lelaki dengan perempuan or lelaki dan lelaki sekalipon kalau ada lelaki spesis macam nie memang terang jelas dan nyata sifat ego tak nak kalah dia kelihatan.



Fuhhh, setakat nie ini lah yang terlintas dalam difikiran aku. Bukan nak mengutuk atau meng-kondem lelaki diluar sana. Aku sedar dalam hidup kita sendiri pon sebagai wanita kita perlukan lelaki. Tapi ini adalah pendapat aku untuk lelaki ego.


Susah sebenarnya nak buangkan ego orang. Kadang-kadang kita kena buat banyak trick untuk buat lelaki jatuh. Maksud aku jatuh ego dia. Bukan senang tau! 








Kenapa perempuan mudah menangis?

Assalamualaikum


Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... 
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...



Thursday, October 20, 2011

Teringin

Assalamualaikum

hari nak cerita benda yang aku da lama nak kn tapi sampai sekarang xdapat-dapat nak miliki.
nk tau ape benda yang aku teringinkn?
 aku nak baju COUPLE <3
sweet pulak tengok membe-membe aku pkai.
nak beli tapi bajet xde.
so dapat tengok gamba pon jadilh :)


so sweet :)




ouhh comel-comel. i love blue color


sweet SOULMATE :)



sangat cool beb!



simple design but sweet.




i want this! COMEL giler.




kreatif sunggoh dyorg ni designkn untok pasangan couple ni. 
rasa macam diri ni comel plak kalau pakai baju ni walaupun dri ni memang xcomelkn? haha
xsalah nak puji dri sendirikn? kadang-kadang orang yang puji 2 bukan kite tau dia ikhlas ke x puji kite. so conclusionnye, jangan berharap kat pujian orang je, pujilh diri sendiri 2 dulu.
errmm kalau kua date pkai baju couple ni msti sweet kn?
dari jauh orang da tau korang ni couple. so xleh r nk ngorat- ngorat ok :)
teringin nak 1.
sape nak jadi BF aku, korang kene beli baju ni dlu tau. baru aku terima :)
haha just kidding.








Tuesday, October 18, 2011

kisah hormon bulan nie :(

Assalamualaikum

haishh bulan ni sangat-sangatlah buat aku gile.
lagi-lagi bile anak bulan tengah nak mengambang ni kan?? hormon sangat-sangatlah xmenentu.
spinning like a roller coaster dud!
sumpah xtahan da. tiap-tiap hari aku nangis je. xkira waktu tapi paling kerap time MALAM.
actually bulan ni sangat-sangat teruk bagi aku sampai cik abang pun da mula hilang sabar.
sorry sayang tapi dy xmara aku. dia paham sangat-sangat.
bulan ni aku sangat-sangat cepat touching. xboleh ditegur langsung. 
lagi-lagi kalau bonchet buat hal, padahal small problem tapi aku punye moody tahap gaban.
then air mata ni laju je nak mengalir macam air terjun tuu..

biasanya kalau seminggu or dua minggu aku sebelum aku datang, aku akan cepat moody.
ni x, da sebulan aku macam ni. xtaulah kenapa.
kadang-kadang kecian pulak kat bonchet sebab hari-hari kene tempias dari aku.
setakat ni dialah yang masih bertahan lagi dengan aku yang bermasalah ni.
bulan ni senggugut aku xsakit macam selalu. kalau x, memang aku xbergerak-geraklah aku dari tilam empuk aku ni. aku kalau datang bulan memang terok sangat-sangat and aku xamalkan amek ubat sebab takut mandul. uppss seriously memang boleh mandul. huhu xmo woo, aku nak anak!
ni antara kesan period aku, kat orang len xtaulh pulakkn. antaranya

  • seminggu sebelum DATANG :- sakit kat bahagian dada. sangat-sangat sensitive., xboleh sentuh sikit. sakit dia Allah jelh yg tau.
  • sakit kat bahagian pinggang. rasa macam nak putus je pinggang ni rasa dy
  • muntah bila nampak darah. darah biasa ok je. (-,-')
  • tidor sepanjang hari
  • senggugut yang menggila sampai terguling, tertonggeng dan macam-macam TER lah kat katil aku ni
  • kaki start cramped
  • menangis bila da sakit sangat.
  • kurang selera makan tapi kuat minum.
  • muka nmpak pucat

terokkn??
dulu sebelum aku nak sambung study, benda nilah aku dok risaukan.
aku senggugut lain macam sikit, xmacam orang lain.sampai roomate aku pun da mati kutu tengok aku time aku period. tapi bila da sambung stdy tiap2 bulan aku amek mc.sampai dokter pun da bagi warning sebab tiap2 bulan aku mintak mc. alahai dokter, da aku ni sakit sangat, aku pegilah jumpa kau amek mc. ni kau pulak soh aku jangan jumpa kau. haishh
kadang-kadang aku sayang nak amek mc sebab nanti ketinggalan pelajaran. aku gagahkan jugaklh sampai jalan pun terbongkok-bongkok. malu? aahh peduli hapee aku. haha.
mak aku kate lepas kawen nanti oklh tu. tapi cikgu aku cakap xpun sebab dia pun jenis senggugut macam aku gak.
ermm xpelh, aku percaya cakap mak aku. kate-kate ibukan satu doa. antara doa yang dimakbulkan tauu.. so kalau korang nak berjaya, mintaklh parents korang doakan korang. lagi satu sebelum nak jawab test ke, xkesahlah test ape pun, call lah parents korang and mintak restu dari dyorg. insyallah dimakbulkan.


P/S: mama, akak nak kawen cepat boleh? nnati cepat sikit ilng senggugut ni :)

Wednesday, October 12, 2011

Malang tidak berbau. kalau bau, macam ne agaknye bau dia ye?


Assalamualaikum


hiash malangye nasib aku kali ini. 
benda ini terjadi time sehari sebelum aku nak balik PJ (PETALING JAYA)
masa aku nak balik plak dia buat hal.
macam aku bagitau tadi, paper aku abiz 9 ariblan. 
so aku bercadang nak balik PJ esoknye sebab xd sape nak amek aku 9 ariblan tu. 
lepas abiz test aku teros masokkan barang2 aku dalam stor. senang skit. 
then kul 5 macam 2 membe aku ajak g anta mmbe aku g KTM.
 lepak2 smua then anta dy kul 8 mlm kat stesen. 
balik tu  singgah atm cucuk duit kat BSN sebab nak bayar duit kereta sewa yang BAPAK mahal tu. 
siot tol abang tu, cekik darah tol. 
nasib beklh duit cukup. sampai2 U, aku pun pegilah cek duit. 
then aku yang sangat bengong xtarik kad tu balik.
 actually aq xprasan pon aq xtarik balik. 
esok paginya aku cek wallet aq, tengok2 kad ATM xd. 
memang gila aku time tu. baju2 dalam beg aku punggahkan, then kne lipat balik. benggong kn?? 
haha then aq grak g tanya pakguard ada x terjupa kad ATM. 
sekali dy soh pi kat pejabat keselamatan. tudia dia bagi seikat kad ATM. so aku pun carilh. 
tengok2 xd, last2 pakguard tu kate, kad da kene telanlah 2.
ARGGGHH bia btol. xguna punya mesin. kau lapa sangat ke sampai telan kad aku. 
(padahal salah aku, kcian mesin tu kene maki :) )
pagi tu memang sedih xterkatelh. nsib bek aku da simpan duit untuk bayar teksi. 
pakcik tu pun kcian tengok aku. nasib baik aku ada duit lebih, klu x minum air jelah aku dalam bus nnt. 
alhamdulillah aku selamt sampai kat PJ.
arini aku da buat kad baru. YEAY!!!
free of charge n cantik siot! biru lagi tu.. my fav color.
mmbe2 batch aku xd, aku sorang je ada. 
hebat x aku? huhu.
apepun alhamdulillah semua masalah da sattle. huh xpayah nak pk lagi.
malam ni nak tdo dengan kad ATM yang baru tu :)


p/s: AMARAN KERAS. lepas cek duit, jangan lupa nak tarik kad tu balik. jangan sampai kad anda diTELAN oleh mesin ATM :'(


Finally

Assalamualaikum

alhamdulillah, tamatlah sudah semester 3. 2 more semester to go. go2 yana!
sem ni banyak suka dan duka aku dengan dak2 class KCS1103C.
anyway aku sayang korang semua.
next sem class kteorg akan kurang sorang mmber. dy tarik diri sebab xleh carry subjek dalam course kteorang ni. by the way subject kteorg memang KILLER.
banyak coding nak kene buat, kira2 lagi. memang susah tapi kene struggle sikitlah. mana ada benda yang teros senang dalam dunia ni kan? betol x? 
apepun harap kite semua dapat result yang bgus dari sem lepas. amin :)
see u all next sem in KCS1104C .

Till Then