Monday, March 28, 2011

Beza antara SUKA dan CINTA

1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.


6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.



---------------------------------------------------------------------


Cinta, Sayang, Minat Dan Suka



Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)

Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu.



----------------------------------------------------------------------


Dimanakah Cinta...??!


MUNGKIN ANTARA KITA YANG PERNAH TERBACA KISAH NI..
KISAH YANG BANYAK PENGAJARAN
ADA KEBENARAN YANG TERSEMBUNYI..
HAYATI…

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka…

Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata


“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.




Surat tersebut berbunyi begini:




“Sayang!

Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Kenapa ALLAH temukan kita dengan orang yang salah..

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


~ALLAH knows BESt!~♥

Wednesday, March 9, 2011

F***!!!


huhu kasarnya bahasa.. 
cube korang bayangkan ble kawan korang tgah ada masalah n korang pun tnylh dy.. 
mungkin dgn bercerita, kurang skit masalah tapi kawan korang 2 tibe2 cakap kat korang F***!!.. 
ape perasaan korang??? compem2 mara en..yelh, niat korang baikkn nk tolong dy, tbe2 korang dapat kata2 kesat mcm 2.. macam 2 aq kne hari ni.. sumpah sedih tahap gaban wei n aq tkejut trus tmanggu.. 
Ya Allah apelah salah aq kat dy smp aq dapat kata2 makian 2??  klu mara pun, xpyahlh ckp kat owg mcm 2.. xbleh ke ckp "xd papelh" or what evalh en.. aq pun xpaksa.. pk aq ni xd prasaan ke?? ni ke balasan seorang hamba yg slalu amek berat tntang kawan dy sndiri?? 
besa sngat ke dosa aq smp dy ckp aq mcm 2.. seriusly aq mmg malu n time dy cakap F*** 2, aq rasa mcm tersirap darah kat mke aq.. coz buat kali pertamanye orang yang aq rapat dari sem 1 lg sanggup menghamburkan kata2 mcm 2.. 
tp aq xmelawan coz aq tau dy ada masalh, so aq xnk bebankan dy lg.. sory to say, aq mmg sensitive owgnye.. aq jgan xske nak gdoh dgn kawan2 aq sbb aq syg dyorg.. 
bagi dy mmg xd pape, cube ble dy berada dlm situasi aq ni.. compem2 dy mengamuk gak.. tujuan aq bukan aq xnk aibkan dy cume nk bg nasihat.. spe2 yg bkenaan 2 sape makan cili dia terasalah pedasnye.. 




kepada sahabatku, aq harap ko bleh ubah skit sikap ko 2.. jagalh mulot 2 skit.. owg lain pun ada prasaan.. binatang pun ada perasaan tau x..
 walaupun ko apepun masalh, sabarlah.. janganlah ko maki owg xtntu pasal disebabkan masalh ko 2.. 
aq xtau ape masalah ko smp ko sanggup cakap aq mcm 2.. setiap owg ada tahap kesabaran dy.. apepun, aq da maafkan ko..

Monday, March 7, 2011

sye dapat anak??

Tadaaaaa.....

Muhammad Haziq Haikal!!

ni lah anak aq..hahaha ANAK BUAH sudah..
kat mna aq nk dpt anak, buaya fwen pun xd ape lg nk kawen..hahaha
oklh ni actaully anak along aq..
alhamdulillah smuanye selamat..
Tahniah Pn. Shahidah Saharuddin coz lahirkan baby boy yg sangt2 comel ni!!
nma dy Muhammad Haziq Haikal..
comel kan???mcm maklong dy..hehe
ya allha sumpah geram gle tgok haikal ni..comel gle, rasa mcm nk geget2 je pipi dy 2..
Haikal, nnt maklong nk geget2 pipi haikal eh..maklong geram!!
argh!! xsabar nk blik..
hurm da besa nnt mesti hensem en..hahaha gatal!

kat bawah ni ada pic haikal yg comel gle2..


ni first day klua dr prot ibu dy :)












comel!!!

p/s=to Muhammad Haziq Haikal, be a good boy.. da besa nnt jdlh anak yg soleh n taat kat ibu n ayah..we all love u <3

Sunday, March 6, 2011

isi hati yang lama membeku

Assalamualaikum guys..
haish sejak2 putus CHENTA ni en buat semua benda ada je yg xkne.. emosi  gle2 terganggu sampai nak focus kat study pun susah.. sekarang ni aq dalam proses nak mengembalikan mood, emosi and so what eva lh.. i want back to normal with no men.. hahaha kejam en aq.. ala bukan slalu aq kejam kat owg kn kn kn?? selama ni pun aq xpnah kejam kat owg tp owg sanggup kejam kat aq smpai kepala aq pon dipijak.. itu sudah lebih.. haish tu lh yana, ko 2 baik sngat kat owg..kan da kne, amek kat kau sebijik hahaha (berkata sndiri kat dalam ati).. ble dga lagu jiwang je aq msti sdih n start mengalirkan air mata.. xtahan kot coz lirik dalam lagu2 jiwang ni btol2 menusuk ke ulu hati aq.. lagi lagu Di saat aq mencintai dirimu by DADALI..


actually aq da lma nk post pasal cerita chenta aq ni tp aq xd kekuatan.. tp arini aq terasa mcm ada aura yg kuat untuk mengepost cerita ni.. aq btol2 rindu kat dy, walaupun aq couple dgn dy xsmpai 3 minggu.. tragis en kisah percintaan aq ni.. sampai owg xcye yg kteorg da clas.. di sini aq nk bgtau yg KAMI DA PUTUS.. nk wt mcm ne, aq redha jelh..mungkin jodoh kteowg xd kot, xpelh bialh Dia yg menentukan smuanye.. aq mmpu berserah shaja.. tp yg xleh tahan, dy satu kelas dgn aq ok.. Ya Allah, mcm nelh aq nk hadapi smua ni.. aq xsnggup tgok mke dy coz aq syg kat dy.. sehari klu xtgok dy, mcm xcomplete idop aq ni.. walaupun aq juz dpt curi2 pandang dy je, itu pun kire oklh n aq bsyukur sngt2.. da lma kot xbertegur dengan dy, tp sebab masing2 terlalu malu so jangan haraplah nk tgur..

tp yg buat aq geli ati, ble aq nk curi2 pndang dy, dy plak tgah usha aq.. wah happy gle tahap gaban wei, rasa mcm nk menjerit2 je n nk cakap "wei semua, dy pandang aq!!"hahaha kalau blehlh en..padahal xbrani pun, klu aq ckp mcm tuu mampos aq kne bahan.. actually aq malu tp aq xtunjuklh, aq jz wt muke toye aq tuu dengan wat2 focuslh konon.. padahal dalam ati punyelh ske.. rindu nk dga dy nyanyi utk aq..I miss all of ur memory even though for a while..

tp serious, aq susah nk lupakan dy.. tp I'll try my best even though it is very hard..aq xnk bharap tlalu tinggi coz aq tkut aq makan diri.. bialah masa yg menetukan smua tuu.. klu ada,adalh. klu xd jodoh, xplh aq redha.. mungkin Dia nk pertemukan aq dengan owg lain kot.. aq cuma mmpu merancang tp Dia yg maha menetukan.. apepun thanks kepada membe2 yg support aq time aq tgah down.. I appreciate it and I will be patient okey :)






p/s=to Muhammad Fairuz, thanks for spending ur precious time with me even though for a while.. I hope u will be happy with ur new life without me.. dont worry about me coz im ok  :')


Saturday, March 5, 2011

oh PeruT!!

Assalamualaikum

pagi ni prot aq rasa semacam je, skit gle r . da 2 3 kali pegi toilet je kjenye . mybe silap makan kot or terlebih mkan . uppss.. yelh mna xnye , smlm g uma khadi coz ada kenduri arwah sdra dy . nma pun knduri en, mesti bnyk mknan so aq pon balun ape yg ada kat meja mkn 2 . yg xleh bla, ada laksa plak 2 . my favret 2!!! jgn men2 con aq ni anto laksa tao . huhu nmpak je laksa, aq dgn pantasnye g amek polistren n xsalam lgsg tuan rumah . hahaha tgok btapa gilenye aq kat LAKSA ni smp xsalam owg . lpas da amek laksa, aq amek nasi plak coz dr pg xmkn . pergh gle kebulor aq ni . then masa nk blik plak, aq soh khadi tapau untuk mlm nnt sbb dy mlm2 cpt lapo . badan je kecik tp makan, nauzubillah hahaha . sbb 2 prot dok memulas2 pg ni coz mkn yg mcm2. hahaha ape2 pun smlm best sngt coz ank2 buah dy sngt2 comel n best . wawa akak rndu wawa :)

Friday, March 4, 2011

im stressful!

Assalamualaikum

hello guys . da lma aq x post kat blog aq ni .
 rindulah plak nk mengarang, almaklumlah skang ni terlalu bz dgn assignment, test, quiz dan sebagainye . 
di sebabkan ini semua lah aq menjadi stress 
dan aq jarang mengepos blog yg da bhabuk ni . 
SEMESTA 2 ni sangat memenatkan smpai badan aq skit2 .
aq ingtkan aq sorang je yg rasa, rupanye dak2 class aq yg len pun sme mcm aq jgak .
mana taknye, tiap2 ari ada class kul 8PAGI n habis class kdg2 kul 6 PETANG .
jadual waktu yg sangat2 padat n mampat.
x gila nmanye 2 . kalah perdana menteri tau .

ape pun kteorg sabar jelh coz nma pon blaja kat U, so knelh terima . 
bak kata pepatah biar susah2 dahulu, senang2 kemudian.
huhu mengelabah je aq ni . 
tp diz week tsangat2 penat sbb ada 3 test n 1 quiz iaitu:

1. TEST MAT263 (Elementary Linear Algebra)
2. TEST CTU151 (Pengenalan Tamadun & Pemikiran Islam Kotempporari)
3. TESTCSC138 (Structure Programming) 
4. QUIZ CSC159 

penat kot, smpai ada yg xlarat pegi class coz dok stdy smp pagi utk dpt result yg tbaik . 
ish klu xdpt, mcm sia2 je stdy tp xplh, kte da usaha . 
hrm nak dapat rehat pun susa . 
next week plak ada test CALCULUS okay!
tarak tipu punya . Subjek yg menggerunkan smua org . 
sbut je 'CALCULUS', smua akn ckp ish mesti susa en . 
hahaha xtaulh nk ckp pe, klu nk rasa, trylh amek subjek 2 . 
xtgok bku dy lg, tebal ya amat . 
klu bling kat orang, mau koma dy .

ahh mata pun da berat coz pnat berTAEKWONDO kat padang td..
klh slamat malam smua :)


p/s=gud luck kt smua yg amek test. hope dpt kptusan yg tbaik :)