Saturday, April 23, 2011

bertudung tapi.....

Assalamualaikum guys..

bertudung tapi?? haha tergantungkan ayat tu.. aish dunia dah nak akhir zaman.. macam-macam tanda da jadi tapi je yang malas amik .. upss pembetulan tak amik peduli LANGSUNG sebenarnya.. oklah back to da story, aku bukan nak aibkan sesiapa, actually aku tak kenal dia pon coz dia dari course lain tapi selalu gak nampak dia dengan bf dia.. mana-mana aku pegi mesti nampak dia.. dia cantik tapi bile tgok dia tadi, aku rasa terkejut dan sedih.. aku rasa dia tau tentang halal dan haram.. kat sekolah dulu pun ada belajar agama halal dan haram tapi kenapa dia buat macam tu?? nak tau dy buat ape?? mewarnakan kuku beliau dengan warna merah.. hello! perlu ke??mybe korang tak percayakan, tapi ini adalah kenyataan dan benda tuu berlaku depan mata aku sendiri.. sory to say lah, aku ni memang suke mengusha orang bile benda tu menyakitkan pemandangan mata aku ni.. awk tuu da cantik bertudung litup bagai, xperlulah nak warnakan kuku tuu.. baik tak payah pakai tudung tuu.. cabut je tros.. merosakkan nama orang yang bertudung je.. seriusly aku sangat2 sakit ati ble tgok benda macam tuu berlaku coz tak pernah dibuat orang tau tak.. taulah nak berfesyen tapi ingatlah halal dan haram dia sekali.. kat bawah ni ada info untuk korang so bacalah..



1. MENGECAT KUKU HUKUMNYA HARAM

Kebiasaannya perbuatan mengecat kuku itu dilakukan oleh wanita yang sengaja menyimpan kuku panjang untuk tujuan kecantikan.

Sesungguhnya cat kuku yang berwarna merah yang dijual dikedai2 solek ialah suatu BAHAN KIMIA yang BOLEH MENGHALANG AIR daripada meresap pada permukaan kuku atau kulit. Sekiranya cat itu disapu sebelum mengambil wudhuk atau sebelum mandi hadas besar, maka ia menyebabkan wudhuk dan mandi hadas besar TIDAK SAHHukum perbuatan itu adalah HARAM, kerana apabila wudhuk TIDAK SAHmaka SOLAT pun TIDAK SAH.

Hadis yang berkaitan dengan memotong kuku ialah yang diriwayatkan dari SITI AISYAH. Katanya bahawa RASULULLAH SAW bersabda, maksudnya; " Ada 10 macam fitrah (kebiasaan) manusia, iaitu; menggunting misai, memanjang (menyimpan dan memelihara) janggut, bersugi, menyedut air ke dalam hidung, MEMOTONG KUKU, membersihkan sela-sela jari (tangan dan kaki), mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, membersihkan najis atau beristinja (sekiranya tiada air)".

Kebiasaan bagi wanita jahiliah ialah menyimpan kuku panjang dan dicat dengan warna merah sepertimana dibicarakan dalam bahagian mengecat kuku. HUKUM MEMOTONG KUKU setelah ia panjang adalah SUNAT. Walaubagaimana pun sekiranya dicelah-celah kuku itu dimasuki benda yang boleh menghalang air ketika wudhuk atau mandi hadas besar, maka ketika itu memotong kuku atau membersihkan benda yang menghalang air itu hukumnya WAJIB.

Ada pun berhias diri dengan menyimpan kuku panjang dan mengecatnya samaada dengan izin suami atau tidak HUKUMNYA TETAP HARAM. kerana perbuatan tersebut meniru budaya bukan ISLAM. Siapa yang meniru budaya atau cara hidup orang bukan islam ia dianggap termasuk ke dalam golongan mereka.

* Kepada kekawan sekalian yang bergelar wanita, hendaklah berhati-hati agar tidak mudah meniru stiap yang dilihat, lebih-lebih lagi yang datang dari BARAT. Kenapa kita haru meniru budaya dan cara hidup orang lain, sedangkan yang ada didalam ISLAM telah cukup sempurna dan cantik. Peliknya, kita mudah sahaja meniru sesuatu yang datang dari barat tapi yang buruk KENAPA tidak pilih yang BAIK seperti TEKNOLOGI dan KEMAJUANNYA



mybe ada yang xsuka dengan ape yang aq post ni tapi aq juz nk share tentang ape yang berlaku skang ni.. terpulang kepada korang nak cakp aku ni bz body or whatevalah en.. aku manusia biasa je tapi aku tak suka bila dia buat macam tuu..


p/s: kepada BF beliau, sungguh tepat pilihan anda .. kalau nak jadikan dia tuu bini anda, nasihatilah dia :semoga korang bahagia :)

No comments:

Post a Comment